
INFLUENZA A H1N1
Tahukah anda keadaan di dalam pejabat sedia ada boleh mendorong peluang untuk penyebaran virus H1N1. Jadi pastikan keadaan sekitar pejabat anda selamat untuk anda bagi mengelakkan risiko dijangkiti virus ini. (by Lee Tse Ling)
Kaedah kuarantin dan pengasingan mungkin adalah cara yang cukup baik untuk mengurangkan risiko penyebaran virus ini dan mungkin adalah asas strategi yang paling baik. Virus H1N1 bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan awam, ianya juga memberi kesan negatif kepada produktiviti pekerja apabila semakin ramai pekerja yang terpaksa tinggal di rumah untuk memastikan selesema di pejabat tidak merebak kepada rakan sekerja yang lain.
Pekerja dan majikan haruslah peka terhadap virus ini. Mereka harus sedar bahawa Influenza A(H1N1) kini semakin menular dengan teruk terutamanya apabila menular di kalangan pekerja mereka kerana apabila jangkitan ini merebak di dalam pejabat, perniagaan juga akan mendapat kesan yang teruk.
Bagaimana selesema babi (H1N1) merebak di dalam pejabat?
Secara amnya, terdapat 2 cara ianya boleh merebak di dalam pejabat anda.
- Pertama, apabila orang yang telah terjangkit batuk atau bersin tanpa menutup hidung dan mulut, virus akan tersebar ke udara. Ianya boleh merebak kepada orang lain dengan mudah.
- Kedua, orang yang telah dijangkiti mencemarkan udara dengan virus dari mulut dan hidung mereka di mana-mana tempat yang disentuh tanpa membasuh tangan. Anda sudah boleh menjangkakan apa yang berlaku seterusnya? Contohnya jika rakan sekerja anda yang telah dijangkiti virus influenza A ini menyentuh anda, papan kekunci komputer anda, anda mungkin terdedah kepada virus ini.
“Wangian Diffuser Sutra dapat mengurangkan risiko penyebaran virus atau bakteria bawaan udara di dalam pejabat mahupun di rumah kerana kabus wangian yang dikeluarkan daripada Diffuser Sutra boleh memerangkap dan membunuh virus dan bakteria di dalam udara”
KEBAIKAN PENGGUNAAN DIFFUSER DI PEJABAT

1. Kualiti udara
Diffuser Sutra Aromaterapi membantu anda menikmati kualiti terapi daripada minyak pati dalam beberapa jam dengan hanya beberapa titik minyak pati sahaja. Ianya menyebarkan aroma minyak pati di seluruh bilik. Diffuser Sutra sangat berguna memandangkan ia menyebarkan zarah minyak pati dalam molekul yang kecil di seluruh kawasan bilik ia ditempatkan. Diffuser Sutra Aromaterapi digunakan untuk memecahkan molekul-molekul kecil minyak pati kepada zarah-zarah mikro yang kecil yang akan terapung ke udara.
2. Manfaat kesihatan
Diffuser ini bermanfaat untuk pekerja, anda yang sering berasa tertekan, mempunyai kulit kering, serta mempunyai alergi dan asma kerana ianya bukan sahaja mampu memberi udara yang sihat ianya juga berfungsi seperti pelembap udara lantas memberi kesihatan yang lebih baik kepada anda.
3. Selamat digunakan
Dengan Diffuser Sutra Aromaterapi, tidak perlu lagi penggunaan api serta terdedah dengan udara yang panas dan selamat digunakan. Ianya juga selamat ditinggalkan semasa anda tidur dan juga boleh digunakan di dalam bilik anak anda. Bagi anda yang sibuk, ianya tidak memakan masa yang banyak untuk kerana ia cuma boleh ditentukan mengikut masa yang anda ingini.
4. Masalah habuk di dalam Pejabat
Tahukah anda kita bernafas 22,000 kali sehari, menghidu 400 kaki keluasan udara. Tanpa kita sedari, kita juga menghidu asap serta habuk di dalam bilik sama ada di rumah, pejabat atau di mana sahaja anda berada yang pastinya memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda. Ini kerana, 80% masa dihabiskan di dalam bilik di mana udaranya mungkin tidak bersih berbanding di luar bilik. Justeru itu, Diffuser Sutra Aromaterapi membantu mengurangkan habuk di pejabat anda.
5. Menghapus bakteria di udara
Kabus berbau wangi yang keluar daripada Diffuser Sutra boleh membunuh virus dan bakteria yang berada di dalam udara lantas memberi kesihatan udara yang lebih baik di dalam kawasan pejabat.
Setiap produk bauan Sutra telah diujikaji dan dicipta khas untuk kegunaan di pejabat dan rumah. Bauan ini telah dikaji di makmal kami untuk membantu mengatasi masalah pencemaran udara di pebajat
KEBAIKAN DIFFUSER SUTRA
1. Meningkatkan kualiti udara.
2. Mengelakkan tekanan.
3. Melembabkan kulit dan merawat kulit bermasalah
4. Memerangkap bakteria dan haba di udara.
5. Mengurangkan masalah habuk di dalam kediaman, pejabat, salon, butik kecantikan.
6. Selamat digunakan.
TERDAPAT BEBERAPA HARUMAN SUTRA YANG MEMBERI KESIHATAN YANG TERBAIK KEPADA KITA IAITU:
HARUMAN SUTRA NENAS
Melegakan perasaan marah, memberi aroma yang menenangkan suasana dan mengelakkan tekanan perasaan.
HARUMAN SUTRA LIMAU KASTURI
Memberikan aroma yang menenangkan suasana, melegakan tekanan perasaan, meningkatkan semangat untuk bekerja.
HARUMAN SUTRA MANGGA MELAKA DELIGHT
Mampu melegakan tekanan yang dihadapi, menceriakan suasana, bau manis mampu menaikkan semangat Bekerja.
HARUMAN SUTRA LIMAU BALI (PAMELO)
Membantu kadar penafasan, membersihkan udara yang tercemar oleh habuk dan asap rokok dan meningkatkan kadar konsentrasi pekerja.
Wangian Sutra mampu meningkatkan semangat bekerja dan menceriakan suasana kerja dan mencegah penyebaran virus Influenza A di pejabat.

Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia