INFO

ALAT PENYULINGAN MINYAK PATI SKALA SEDERHANA

DI KILANG

Alat penyulingan minyak pati skala sederhana.

Sistem penyulingan mengandungi unit tabung bahan, satu unit dandang setelit, satu unit kondenser, satu unit pemisah minyak dan satu unit sistem gentri.  Setiap tabung bahan mempunyai kapasiti 23.4 m3 yang boleh dimasukkan lebih kurang 500 kg daun tea-tree yang baru dituai.  Dandang setelit menjana 120-150 kg/jam wap yang sederhana kering ditekanan atmosfera.  Diesel digunakan sebagai bahan bakar.
Wap dimasukkan ke dalam dua tabung bahan menerusi dua paip.  Penyulingan berlaku di dalam dua tabung bahan mengandungi bahan sulingan.  Wap yang mengandungi minyak pati disalurkan kepada kondenser di mana wap dan air akan menjadi cecair dan dikumpulkan di dalam pemisah minyak.  Minyak pati yang diperolehi kemudian dipisahkan dari air.  Tabung bahan, dandang setelit, kondenser dan pemisah minyak adalah diperbuat daripada besi kalis karat gred 304 dengan ketebalan yang tertentu.

Kecekapan sistem ini adalah seperti berikut:

1.         Perolehan kembali (recovery) 90% dan jumlah masa ekstraksi adalah lebih baik dari teknik penyulingan basah (60%) untuk tea-tree.
2.         Rekabentuk tabung bahan menggunakan ukuran asas (masa asas, ukuran kenaikan paras ketinggian bahan suling dan faktor lag) suatu penyuling ujian terbukti berjaya.
3.         Penggunaan wap yang sederhana kering mengurangkan kehilangan minyak melalui “run offâ€� dan kesan “hydrophillicâ€�.
4.         Dandang wap menjana wap secukupnya ditekanan atmosfera (120-150 kg/jam) melalui paip-paip condong selari (38 mm jejari) yang terletak di bawah dandang wap, memberikan mekanisma pemanasan yang cepat melalui pusingan air di dalam dandang.  LPG, disel dan minyak tanah sebagai bahan bakar.
5.         Wap di dalam tiub kondenser memberi kondensasi yang cekap bagi wap mengandungi minyak pati.
6.         Ciri keselamatan tabung bahan mematuhi ASME-Section II (1998).

Kebaikan alat penyuling adalah seperti berikut:

1.         Ia boleh digunakan di ladang tanpa menggaji seorang boilerman kerana ia dijalankan ditekanan atmosfera.
2.        Sistem penyulingan boleh dibuat oleh kilang tempatan dan ini menjimatkan tukaran wang asing kerana tidak perlu    mengimport sistem penyulingan menggunakan dandang komersial.
3.        Bakal pengguna ialah penanam dan pemeroses tanaman minyak pati.
__________________________________________________________________________________________________
MINYAK PATI SERAI WANGI-CITRONELLA
CITRONELLA
SERAI

POKOK SERAI

Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m.
Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Botani Tanaman:

Pokok:  Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi.  Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi.
Daun:  Daun sesil yang berwarna hijau dan licin.  Purata saiz ialah 60 cm panjang x 2.5 cm lebar.
Hujung daun adalah runcing.
Batang: Tiada batang tulen.  Sarung daun berperanan sebagai batang palsu.
Akar/rizom:  Rizom padat dan merayap.  Berwarna kekuningan.
Bahagian yang digunakan:  Daun

Penuaian Hasil:

Kematangan tanaman:  2.5 – 3 bulan
Cara mengutip hasil:  Bahagian hasil dikerat 5 cm atas pada batang palsu.  Daun dijemur layu
sehingga kandungan air dikurangkan sebanyak 30-50 % sebelum diproses untuk mengeluarkan pati minyak.
Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas jangkamasa 1.5 bulan.

Kegunaan dalam perubatan:

1. Sakit perut:  Minyak pati disapukan untuk melegakan kesakitan
2. Menghalau serangga:  Daun kering digunakan sebagai penghalau serangga
3. Cucian selepas bersalin:  Gunakan gandingan air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih.

Kegunaan bahan kimia:

1. Caryophyllene
2. Citronellol
__________________________________________________________________________________________________
POTENSI BESAR MINYAK PATI PERANGI NYAMUK

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Di sebalik pelbagai pencapaian dalam bidang sains perubatan dekad kebelakangan ini, penyakit yang berpunca daripada nyamuk seperti demam denggi, Japanese encephalitis (JE), filiarisis, malaria dan chikungunya terus menjadi penyakit paling digeruni.

Di Malaysia, penyakit-penyakit ini sememangnya semakin dapat dikawal tetapi rasa bimbang terhadap ancamannya menular lagi tetap ada.

Ini memandangkan nyamuk dan pathogen (agen yang menyebabkan penyakit seperti bakteria atau kulat/fungus) yang dibawa oleh nyamuk berkenaan boleh menjadi kebal dan tidak boleh dihapuskan oleh racun serangga dan ubat.

“Wabak demam denggi yang merebak di seluruh dunia boleh dikatakan berpunca daripada pembiakan serta penyesuaian nyamuk Aedes aegyptii dan Aedes albopictus, yang menyebabkan wabak denggi masih menyerang rantau Asia,” kata Dr Nor Azah Mohamad Ali ke Bernama baru-baru ini.

Beliau adalah pegawai penyelidik kanan, program Tumbuhan Ubatan, Bahagian Bioteknologi Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

LANGKAH TANGANI NYAMUK

Dr Nor Azah berkata langkah terbaik bagi mengawal pembiakan nyamuk ialah sama ada memusnahkan larva atau mengambil langkah perlindungan seperti penggunaan produk racun serangga untuk kegunaan rumah serta penghalau serangga.

“Kawalan nyamuk pembawa kuman pada masa ini bergantung kepada racun serangga kimia dan penyembur sintetik seperti dimethyl phthalatemalathion dan dimethyl-m-toluamide (DEET).

“Meskipun berkesan, sesetengah kimia ini mungkin berbahaya kepada manusia serta alam sekitar (pengurangan ozon) dan penggunaan yang berterusan mungkin menjadikan nyamuk pembawa kuman ini menjadi kebal kepada racun serangga,” jelasnya.

POTENSI REMPAH DAN HERBA

Dr Nor Azah mencadangkan kemungkinan rempah dan herba, yang diketahui mempunyai ciri-ciri yang boleh melawan serangga yang kerap ditemui di bahagian minyak patinya, digunakan dalam racun serangga.

Katanya aktiviti minyak pati lazimnya terjadi kerana kehadiran monoterpenoid seperti limonene, citronellol, geraniol dan citronellal yang dilaporkan mempunyai ciri penghalau pelbagai serangga.

“Memandangkan bau memainkan peranan penting dalam mengawal kelakuan serangga, minyak pati boleh digunakan sebagai penghalau serangga,” jelas beliau.

Beliau berkata kajian awal FRIM mendapati banyak minyak pati seperti Cymbopogon nardus, Litsea eliptica, Melaleuca cajuputi dan Cinnamomum spp mempunyai ciri penghalau serangga untuk melawan gigitan Aedes aegyptii.

Katanya contoh minyak pati tumbuhan lain yang dilapor boleh menghalau serangga ialah minyak geranium (Pelargonium citrosum), gaharu (Aquilaria malaccensis) dan Sweet Basil (Ocimum spp).

“Terdapat juga spesies beraroma lain yang boleh ditemui di dalam hutan Malaysia atau ditanam di taman untuk ciri-ciri perubatannya dan tujuan masakan. Minyak pati daripada spesies ini juga digemari industri minyak pati,” kata Dr Nor Azah, yang berkhidmat dengan FRIM sejak 1987.

ANTARA KAJIAN FRIM

FRIM menjalankan kajian ke atas banyak tumbuhan yang berpotensi untuk digunakan ekstraknya sejak awal 1990an.

“Kajian kami bertumpu kepada kajian proses mengekstrak. Kita juga masuk ke hutan dan membuat pemilihan rawak ke atas tumbuhan yang mengandungi minyak pati.

“Usaha yang dibuat oleh FRIM ini adalah antara penyelidikan minyak pati yang terawal di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Nor Azah, mulai 1994, kerja penyelidikan menjurus kepada kajian menghalau serangga termasuk nyamuk dengan fokus kepada tumbuhan yang menghasilkan minyak yang kuat baunya.

“Kami dapati minyak pati mempunyai penawar semula jadi untuk dijadikan bahan penghalau serangga, selain bahan pewangi,” tambahnya.

“Apabila FRIM menubuhkan bahagian tumbuhan ubatan pada 1995, kerja penyelidikan difokus kepada aktiviti bioaktiviti. Pada masa itu, denggi adalah penyakit yang sering berlaku dari semasa ke semasa.

“Penggunaan pelbagai jenis penyembur serangga untuk menghalau atau mematikan nyamuk Aedes, lama kelamaan akan menjadikan nyamuk itu kebal kepada penyembur serangga,” jelasnya.

Menurut Dr Nor Azah, penyelidikan dibuat ke atas lebih 30 ekstrak tumbuhan termasuk ekstrak tumbuhan serai wangi, beberapa spesies limau (Citrus), medang, gaharu, kemoyang dan sireh.

DUA FUNGSI MINYAK PATI

Penyelidikan lanjut, katanya, perlu dijalankan ke atas tumbuhan yang menghasilkan minyak yang harum yang boleh bertindak bukan sahaja sebagai penghalau serangga tetapi juga boleh digunakan sebagai haruman.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa kajian yang dijalankan di FRIM mendapati tumbuhan beraroma seperti Citrus (limau), Ocimum (selasih), Cymbopogon (serai) dan Cinnamomum(medang) menunjukkan potensi ciri menghalau nyamuk apabila diuji ke atas larva atau jentik-jentik nyamuk Aedes aegyptii.

“Kesan minyak pati dalam mencegah gigitan nyamuk terutama Aedes aegyptii dinilai dengan menggunakan kaedah American Society Testing and Materials (ASTM) standard E951-85,” jelasnya.

Dr Nor Azah berkata minyak pati yang paling efektif ditemui kebanyakannya daripada minyak pati Citrus.

“Nyamuk tak suka bau-bau tertentu dan akan lari bila tak tahan dengan bau minyak pati. Fokus kita sekarang ialah untuk kesan minyak pati bagi mematikan atau memengsankan nyamuk,” jelasnya.

Tambah beliau, penyelidikan minyak pati yang sedang dijalankan di FRIM adalah juga untuk memahami dengan lebih mendalam kesan terapeutik tumbuhan berkenaan, antaranya ke atas kulit manusia.

“Semua benda walaupun semula jadi, kalau digunakan berlebihan ada mudaratnya. Minyak pati tak digalak digunakan secara terus. Perlu diolah dalam bentuk krim atau losen sebagai contoh.

“Ada juga sesetengah minyak pati yang mungkin mendatangkan alahan kepada wanita mengandung,” Dr Nor Azah memberi sedikit peringatan.

BEBERAPA HASIL KAJIAN

Antara kejayaan kajian yang dibuat FRIM ialah minyak pati penghalau nyamuk yang diberi nama‘Deesrept’. Ia mengandungi satu minyak pati atau sebatian beberapa minyak pati dari keluarga citrus (limau).

Gabungan campuran minyak pati itu, jelas beliau, boleh diolah dalam bentuk krim atau losen.

Menurut Dr Nor Azah, minyak pati itu diekstrak dengan menggunakan proses penyulingan hidro dan disaring kimia bagi mengekalkan tahap ketinggian mutu minyak patinya.

Satu lagi hasil yang mempunyai potensi besar, menurut Dr Nor Azah, ialah produk minyak pati dengan kesan adultisidal iaitu mengesan dan membunuh nyamuk dewasa.

“Produk ini berasaskan herba semula jadi terdiri daripada sebatian minyak pati sebagai penghalau serangga dan mempunyai manfaat aromaterapi.

“Aroma yang menyenangkan ini begitu menyegarkan dan menjadikan kita relaks. Kajian FRIM menunjukkan produk minyak pati ini boleh menghalau nyamuk ke tahap boleh membunuhnya,” jelas Dr Nor Azah.

Beliau berkata produk berkenaan boleh juga digunakan sebagai penyembur badan atau penyegar udara.

Katanya sebuah syarikat Bumiputera sedang mengusahakan produk berkenaan untuk tujuan komersial.

PERLU KAJIAN LEBIH MENDALAM

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan ekstrak herba dan minyak pati memerlukan kajian yang lebih mendalam terutama dari segi keselamatan (tidak toksik) serta mempunyai tahap keberkesanan yang optimum,” jelasnya.

Dr Nor Azah berkata pihaknya akan membuat lebih banyak kajian kerana ada banyak lagi minyak pati dari khazanah hutan negara yang belum diterokai.

Beliau turut memberitahu bahawa kesedaran masyarakat umum mengenai produk alternatif untuk mengatasi masalah nyamuk sememangnya tinggi.

Namun yang menjadi masalahnya ialah kekurangan produk di pasaran, antaranya kerana sumber bahan mentah yang tidak mencukupi untuk diproses.

Penggunaan bahan mentah herba asli juga menjadikan kos pemprosesan tinggi, tambahnya.

FRIM sendiri, kata beliau, sudah mewujudkan satu stesen kecil penyelidikan di Maran, Pahang untuk menanam tumbuhan herba termasuk serai wangi untuk dijadikan bahan penyelidikan dan tujuan komersial.

Dalam masa yang sama, FRIM, juga kata Dr Nor Azah, turut mengambil langkah proaktif dalam menjaga sumber alam semula jadi.

“Sememangnya hutan kita mengandungi banyak khazanah herba yang berpotensi tetapi jika kita ambil apa-apa spesies untuk kajian, kita akan tanam balik.

“Kita kena usahakan penanaman ini sebab kita tidak mahu orang berkata kita ini hanya pandai buat produk mesra alam tetapi dalam masa yang sama kita juga musnahkan hutan,” katanya.

– BERNAMA

_____________________________________________________________________________________________

AROMATHERAPY THERAPEUTIC MASSAGE TREATMENT EFFECT

gambar info
THERAPEUTIC EFFECT

From Wikipedia, the free encyclopedia
A therapeutic effect is a consequence of a medical treatment of any kind, the results of which are judged to be desirable and beneficial. This is true whether the result was expected, unexpected, or even an unintended consequence of the treatment. An adverse effect, on the other hand, is a harmful and undesired effect.
What constitutes a therapeutic effect versus a side effect is a matter of both the nature of the situation in which a treatment is used and the goals of treatment. There is no inherent difference between therapeutic and undesired side effects; both responses are behavioral/physiologic changes which occur as a response to the treatment strategy or agent. However, those changes which are viewed as desirable, given the situation, are called therapeutic; those undesirable for the situation are viewed as unfavorable.
GAMBAR INFO

For example, it widely promoted that “natural” or “organic” agents are more healthy. However, everything in the world has multiple and varying responses when used; both desirable and undesirable effects are inherent parts of the total response. Even water – on which all life on earth depends – can have undesirable, even fatal effects; while increased intake of water can save a dehydrated patient, too much water can lead to water intoxication, sometimes resulting in death, such as in severe pulmonary edema.

As a simple example, the therapeutic effect of diphenhydramine, when used for nasal congestion, is to lessen mucous membrane secretions and the side effect is drowsiness. However, when used for insomnia, as in many over-the-counter preparations, the therapeutic effect of diphenhydramine is drowsiness and the side effect is mucous membrane dryness, which is undesirable, especially if the person using the agent for sleep is already suffering from dry membranes. The more important issue is not the agent, but the situation in which the therapeutic agent is used; a change in the situation can easily totally reverse what is usually considered a therapeutic versus an undesirable side effect.
Diphenhydramine was originally marketed under the brand name Benadryl in the early 1950s. When taken orally, it typically induces two behavioral responses: (1) drying of mucous membranes, potentially helpful in cases of increased nasal congestion and (2) drowsiness. Diphenhydramine was promoted for reducing nasal congestion, thus response 1 was the considered the therapeutic effect. Since response 2, the drowsiness response, was typically not viewed as desirable, drowsiness was termed a side effect.
When diphenhydramine is used as treatment, these two effects, individual responses, are always bound together and cannot be separated. Even though the dose can be changed and the relative degree of the two responses may be reduced or increased and the degree of the two different responses may be somewhat different at different doses, the two responses cannot be separated. For simplicity of illustration, only two typical responses are mentioned. For completeness, be aware that as with most treatments people usually exhibit additional behavioral responses to diphenhydramine beyond the two mentioned. [1]

For example, it widely promoted that “natural” or “organic” agents are more healthy. However, everything in the world has multiple and varying responses when used; both desirable and undesirable effects are inherent parts of the total response. Even water – on which all life on earth depends – can have undesirable, even fatal effects; while increased intake of water can save a dehydrated patient, too much water can lead to water intoxication, sometimes resulting in death, such as in severe pulmonary edema.
As a simple example, the therapeutic effect of diphenhydramine, when used for nasal congestion, is to lessen mucous membrane secretions and the side effect is drowsiness. However, when used for insomnia, as in many over-the-counter preparations, the therapeutic effect of diphenhydramine is drowsiness and the side effect is mucous membrane dryness, which is undesirable, especially if the person using the agent for sleep is already suffering from dry membranes. The more important issue is not the agent, but the situation in which the therapeutic agent is used; a change in the situation can easily totally reverse what is usually considered a therapeutic versus an undesirable side effect.
GAMBAR INFO
Diphenhydramine was originally marketed under the brand name Benadryl in the early 1950s. When taken orally, it typically induces two behavioral responses: (1) drying of mucous membranes, potentially helpful in cases of increased nasal congestion and (2) drowsiness. Diphenhydramine was promoted for reducing nasal congestion, thus response 1 was the considered the therapeutic effect. Since response 2, the drowsiness response, was typically not viewed as desirable, drowsiness was termed a side effect.
When diphenhydramine is used as treatment, these two effects, individual responses, are always bound together and cannot be separated. Even though the dose can be changed and the relative degree of the two responses may be reduced or increased and the degree of the two different responses may be somewhat different at different doses, the two responses cannot be separated. For simplicity of illustration, only two typical responses are mentioned. For completeness, be aware that as with most treatments people usually exhibit additional behavioral responses to diphenhydramine beyond the two mentioned. [1]
The desire to simplify clinical situations and variables is one of the important reasons that physicians often prefer highly refined and regulated prescription drug preparations, as opposed to less refined and regulated products, often marketed as “natural” to imply safety.
Products from nature are essentially always complex mixtures of large numbers of different chemical agents, many only partially understood in term of usual desirable and undesirable responses, relationships of these effects to specific doses and with varying amounts of dose present within any given sample available.
The pharmaceutical industry highly purifies, concentrates and sometimes makes very controlled modifications of agents obtained from natural sources, when there is no alternative source, so as to select out and greatly reduce the variables in the treatment agent offered. Ratios of relative responses, often summarized using the concept therapeutic index, are utilized to help understand and communicate treatment responses.
A pharmaceutical grade agent does not make the patient any more simple but it does greatly simplify, narrow and make more definable and predictable both the usual desirable and undesirable effects of the treatment agent, based on careful tracking of the responses of many individuals who have taken the agent, in widely varying amounts and situations, in the past. This purification can greatly improve the probability for both the patient and the physician that the resulting responses to the treatment are likely to be more predictable and controllable.


Health Blogs - Blog Rankings

Health Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Direktori Blogger Malaysia | Himpunan Blog Warga Malaysia

Leave a Reply